Translate

27 August 2019

Mayat anak timbul selepas bacaan Yasin




Mayat anak timbul selepas bacaan Yasin


MyMetro

MAYAT mangsa diserahkan kepada polis selepas ditemui. FOTO Khalid Latip


Khalid Latip



KANAK-KANAK perempuan yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu dijumpai lemas di Sungai Rajang, malam tadi.

Mayat Julia Purnama, 7, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

Lebih memilukan apabila mayat kanak-kanak itu diambil oleh bapanya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung sejak hari pertama kejadian.


Jurucakap Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, penemuan mayat kanak-kanak itu dimaklumkan oleh bapa mangsa yang menghubungi bilik kawalan Bomba pada 11.30 malam.


Sejurus menerima panggilan itu katanya, bomba bergerak ke lokasi dan menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut.

“Kami difahamkan penduduk membaca surah Yasin beramai-ramai sebelum mencurahkan air bacaan surah itu di tempat kejadian dan menunggu di situ.

“Tidak lama kemudian, mayat mangsa timbul kira -kira 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang dan bapa mangsa sendiri mengambilnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 9 pagi Ahad lalu itu, mangsa bersama bapanya Opriadi Sukardi dan dua sepupu mangsa, Alit Aiman, 10 dan Mohamad Azrul Ashraf, 7, dilaporkan mandi di sungai berkenaan.

Julia dan Alit dilaporkan berenang di sungai sebelum kedua-duanya dilihat terkapai-kapai.

Alit berjaya diselamatkan, namun Julia dilaporkan hilang.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:37 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita, anak saudara lemas' 4 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Sarawak dan Airbus jalin kerjasama strategik, enam' 5 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 17 mins ago
A visitor from Labuan viewed '20,000 dijangka penuhi KLCC sempena Sidang Kemunca' 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 58 mins ago
A visitor from Dubai viewed 'Tourism Malaysia dan Emirates tandatangan MoU, tar' 59 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 1 hr ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 8 mins ago