Translate

28 August 2019

Seorang pelakon lelaki ditahan berhubung kejadian penipuan dalam urusan pemindahan mata wang Kripto (Cryptocurrency) milik seorang Datuk penerbit filem


Pelakon lelaki didakwa larikan mata wang kripto lebih RM200,000

EDDY HAMIDI
27 Ogos 2019 11:33 PM
KOSMO ONLINE




Gambar hiasan




AMPANG JAYA - Seorang pelakon lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian penipuan dalam urusan pemindahan mata wang Kripto (Cryptocurrency) milik seorang penerbit filem bergelar Datuk di sini hari ini.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari selepas suspek hadir memberikan keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) di Balai Polis Taman Bukit Indah.


"Tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa mendakwa mata wang kripto bernilai kira-kira RM213,805 miliknya telah dipindahan ke akaun lain tanpa pengetahuannya.


"Suspek telah disyaki melakukan pemindahan tersebut memandangkan hanya lelaki berkenaan yang didakwa mengetahui kata laluan bagi akaun mata wang kripto milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Noor Azmi, tangkapan ke atas suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dibuat oleh pasukan Unit Cryptocurrency Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama BSJK Daerah Ampang Jaya.

"Siasatan berhubung kejadian berkenaan masih lagi diteruskan bagi mendapatkan pengesahan transaksi tersebut," tegas beliau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Gara-Gara Cemburu Lelaki Maut Ditikam | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Presiden Osmani diberi sambutan rasmi di Perdana P' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiga maut dalam kemalangan di susur keluar Balakon' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kosovo terima pengecualian visa, pembukaan kedutaa' 13 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Harimau kumbang mati dilanggar pacuan empat roda d' 23 mins ago
A visitor from Siguiri viewed 'Bekas pengurus Petronas didakwa cuba dedah dokumen' 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 42 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Johari Shukri Presiden dan CEO baharu UDA | BEST F' 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiga lelaki ditahan disyaki melombong bijih besi s' 43 mins ago