Seorang Suspek Cedera, Berbalas Tembakan Dengan Polis
MKL Crimedesk
Published on 24 Aug 2019
[ JENAYAH MINGGU INI ]
Seorang suspek yang dikehendaki polis cedera ditembak di hadapan sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak malam tadi.
Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila anggota polis sedang memeriksa seorang lelaki yang dikehendaki polis.
Bagaimana pun, ketika membuat pemeriksaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan pistol dan menembak ke arah polis.
Ekoran itu, polis berbalas tembakan yang mengakibatkan seorang dari 3 suspek cedera.
Saspek yang cedera di kaki dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
Manakala dua penjenayah lagi meloloskan diri ke kawasan berhampiran.
Gerakan Ops Tutup giat dijalankan di semua daerah bagi mengesan dua penjenayah yang masih bebas.
Rakaman CCTV berhampiran sedang diteliti bagi mengenalpasti identiti saspek