Translate

25 August 2019

Syed Saddiq terus pertahan pelantikan 13 Pemuda PPBM sebagai pegawai KBS

Image result for senarai pegawai kbs

BEST FBKL: If a mistake has been made rectify it, these are political appointees , there were no interviews. it was a unilateral decision by Saddiq.

Syed Saddiq terus pertahan pelantikan 13 Pemuda PPBM sebagai pegawai KBS
Mohamad Fadli
-August 24, 2019 6:32 PM
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, adalah mustahil beliau mengetahui fahaman politik 4,000 kakitangan KBS.

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini terus mempertahankan pelantikan 13 anggota Pemuda PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan di bawah kementerian berkenaan.

Beliau berkata, selagi pelantikan 13 pegawai itu mengikut proses dan prosedur maka ia tidak menjadi masalah.

“Saya rasa salah faham yang agak jelas dalam bab ini. Pertama sekali dalam kementerian kita ada lebih 4,000 staf dan untuk saya ketahui setiap satu staf punya fahaman politik agak mustahil,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program “Bicara Kemerdekaan Kedua: Cabaran Membina Malaysia Pada Alaf Baru” di sini.

Beliau diminta mengulas pelantikan 13 angggota Pemuda PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan di setiap negeri, kecuali Sarawak, berkuatkuasa 21 Ogos lepas.

Menurut sekeping surat KBS bertarikh 19 Ogos yang tular di media sosial, pegawai yang dilantik berperanan menyelaraskan program dan pembangunan sukan di negeri dengan tumpuan kepada sukan paralimpik.

Sebelum ini, timbalan menteri KBS Steven Sim mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, ia dibuat berdasarkan prosedur perkhidmatan awam sedia ada.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata saya tidak akan mendiskriminasi pegawai di kementeriannya walaupun mereka berbeza pandangan politik.

“Contoh baru-baru ini, apabila ada dalam kalangan felo perdana yang merupakan penyokong tegar Barisa! Nasional (BN), tetapi jadi felo saya dan salah satu pihak serang saya kenapa buat lantikan politik ini.

“Pada masa sama ada staf yang merupakan ahli Umno atau PAS, tetapi saya tidak ambil tindakan ke atas mereka. Kita nak pastikan semua pihak dapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Saddiq berkata, beliau akan berusaha untuk membenarkan perkhidmatan e-panggilan motosikal Dego Ride diteruskan di Malaysia seperti perkhidmatan sama, Gojek, yang bakal dibenarkan di negara ini oleh Kementerian Pengangkutan.

Katanya, ini kerana keutamaan kementerian beliau adalah untuk membantu industri tempatan berkembang.

“100% (benarkan Dego Ride). Tiada satu pun perlu monopoli, lebih-lebih lagi sebelum ini ramai yang mahu Dego Ride.

“Saya mahu memastikan yang industri tempatan juga memberi kebaikan pada kita,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED