Translate

26 August 2019

Safiey Ilias buang silikon di dada untuk kali kedua




Safiey Ilias buang silikon di dada

MyMetro



SAFIEY Ilias bersama bapanya. FOTO IG Safiey Ilias.


Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my





“SAYA fikir esok mati macam mana dan buat demi reda Allah SWT serta mak ayah,” kata usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias, 25.

Dia yang lebih dikenali sebagai Safiey Ilias selamat menjalani pembedahan membuang implan silikon di bahagian dada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Difahamkan, ini kali kedua Safiey melakukan pembedahan sama selepas kali terakhir pada April tiga tahun lalu.

Safiey melalui Instagram (IG) dan Facebook rasminya mengesahkan melakukan pembedahan itu demi bapa dan ibunya.



“Alhamdulillah. Maaf mungkin jarang ‘update’, baru selesai buang implan silikon. Ayah suruh dan saya turuti.

“Kawan ada halang tapi nanti di akhirat saya yang kena jawab, bukan kawan saya,” katanya.


SAFIEY Ilias berehat selepas pembedahan dan bersama ibunya (gambar kanan). FOTO IG Safiey Ilias.

Dalam satu video langsung di IG, Safiey mengakui dia nekad membuang implan itu berikutan bimbang jika meninggal dunia esok.

“Saya fikir seksa kubur dan mati saja serta mahu menghargai mak ayah yang masih hidup.

“Kini saya solat dan mula rasa tenang serta hilang satu beban. Saya lakukan kerana Allah SWT.

“Semoga setiap darah menitis ketika di bilik bedah adalah darah syahid, doakan saya terus istiqamah dan cepat sembuh,” katanya.

Pada April 2016, Safiey melakukan pembedahan sama untuk kembali kepada fitrah sebagai lelaki, namun beberapa lama selepas itu mencipta kejutan apabila mengambil keputusan untuk menjadi 'wanita' semula dengan memuat naik gambar berpakaian wanita menerusi laman Instagramnya.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Ogos 2019 @ 4:13 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 13 secs ago
A visitor from Delaware viewed 'Just 15 days left for credit and debit cardholders' 46 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selep' 1 hr 1 min ago
A visitor from Wyoming viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 4 hrs 40 mins ago