Translate

30 August 2019

Malaysia pembekal minyak masak sawit premium pertama Myanmar

Image result for lesong minyak masak SAWIT


Malaysia pembekal minyak masak sawit premium pertama Myanmar

Oleh Che Wan Badrul Alias & Fariz Iswadi Ismail
bhbiz@bh.com.my

Yangon: Malaysia muncul sebagai pembekal minyak masak sawit premium pertama Myanmar susulan termeterainya memorandum persefahaman pembekalan Minyak Masak bergred tinggi (IV60) jenama LESONG ke negara itu.

Memorandum itu membabitkan pembekalan bernilai RM12 juta setahun antara pengeluar minyak masak Bumiputra, Helang Gagah Group Sdn Bhd dengan syarikat gergasi Myanmar,  K K Myanmar Business Group.

Pengarah Urusan, Datuk Dr Mohamad Zaini Md Taha, berkata beliau pilih Myanmar sebagai destinasi eksport pertama kumpulan di luar Malaysia kerana permintaan minyak masak sawit yang tinggi di negara itu serta kurang persaingan.

Katanya, kedudukan pasaran Myanmar berhampiran Malaysia dan sistem pelabuhan mesra pengeksport memberikan kelebihan untuk beliau meneroka pasaran itu selain faktor iklimnya sewaktu cuaca sejuk memerlukan rakyat mendapatkan minyak masak gred tinggi.

“Myanmar perlukan banyak minyak sawit kerana budaya masakan mereka, setakat ini hanya ada dua jenama di pasaran ini, namun jenama LESONG ada kelebihan berbanding jenama besar itu kerana memiliki gred tinggi Iodine Value 60 (IV60).

“Ini bermaksud minyak sawit LESONG ditapis sebanyak enam kali dan masih kelihatan jernih selepas menggoreng 20 kali selain cuaca ketika musim sejuk Myanmar tak sesuai untuk bawa gred yang rendah ke sini,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Malaysia-Myanmar Connect 2019  di sini, tadi.

Beliau sebelum itu memeterai perjanjian persefahaman pembekalan bagi pihak Helang Gagah; manakala K K Myanmar Business Group diwakili Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ko Ko Latt.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan besar Malaysia itu membuktikan keberhasilan program keusahawanan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diterajui TEKUN Nasional untuk membawa produk usahawan  ke Myanmar.

Katanya, dengan pembekalan baharu itu, kumpulan menyasarkan untuk meraih peningkatan jualan sekitar 30 peratus sebulan.

“Ketika ini, jualan kami berlegar sekitar RM1.5 juta hingga RM1.6 juta sebulan iaitu sekitar 400 tan hingga 500 tan sebulan disumbangkan sepenuhnya daripada domestik.

“Dengan jangkaan tambahan jualan RM1 juta sebulan daripada pasaran baharu Myanmar, kami jangkakan jualan keseluruhan kumpulan akan meningkat kepada RM2.5 juta,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED