Translate

27 August 2019

418 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk cermin gelap dalam Operasi JPJ Di Plaza Tol Sentul




Tumpu kesalahan cermin gelap

MyMetro


OPERASI JPJ di Plaza Tol Sentul Pasar memberi tumpuan kepada kesalahan cermin gelap. FOTO Nurul Shafina Jemenon


Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my





SEBANYAK 418 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk cermin gelap dalam Operasi Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bilangan 3/2019 di Plaza Tol Sentul Pasar, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutan Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, 956 kenderaan diperiksa dalam operasi yang bermula 8 malam tadi dan disertai 42 pegawai dan anggota.


“Daripada jumlah itu, 196 notis dikeluarkan kerana cukai jalan tamat tempoh, 112 notis kesalahan membabitkan lesen, 83 notis bagi cermin gelap, sembilan notis nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, dua notis atas kesalahan cermin sisi dan 16 notis lain-lain kesalahan.


“Kami turut menyita lapan kenderaan termasuk sebuah motosikal dalam operasi,” katanya pada sidang media di lokasi operasi, malam tadi.

Ismail berkata, operasi itu memberi tumpuan kepada kesalahan cermin gelap memandangkan masih ramai dalam kalangan masyarakat tidak memahami peraturan terbabit.

“Tinjauan dilakukan mendapati masih ramai orang awam tidak mengetahui mengenai peraturan cermin gelap seperti diumumkan kerajaan sebelum ini meskipun banyak kempen advokasi dilakukan termasuk operasi penguatkuasaan yang dilakukan bermula 8 Mei lalu.

“Individu yang didapati melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya tampak untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang bagi kenderaan persendirian.

Sebelum ini, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 9:04 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 5 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk' 19 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 27 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tindakan tegas, s' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Just 15 days left for credit and debit cardholders' 2 hrs 13 mins ago