Translate

27 August 2019

Terengganu: Denggi meningkat 80 peratus - 433 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu setakat 22 Ogos lalu, peningkatan 80.4 peratus atau 193 kes




Terengganu: Denggi meningkat 80 peratus

MyMetro


FOTO hiasan


BERNAMA



SEBANYAK 433 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Terengganu setakat 22 Ogos lalu, peningkatan 80.4 peratus atau 193 kes berbanding hanya 240 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, Kuala Terengganu menjadi daerah tertinggi merekodkan kes demam denggi dengan 203 kes diikuti Marang (65), Kuala Nerus (43), Dungun (40), Kemaman (27), Hulu Terengganu (25), Besut (21) dan sembilan di Setiu.

“Semua daerah menunjukkan peningkatan kes kecuali Besut yang menunjukkan penurunan ketara iaitu hanya 21 berbanding 108 kes bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya, hari ini.


Bagi mengurangkan penularan dan mengelak peningkatan demam denggi, beliau meminta orang ramai menjaga kebersihan di sekitar kawasan perumahan masing-masing dan membuat aktiviti cari dan musnah pembiakan aedes sekurang-kurangnya selama 10 minit seminggu.

Selain itu, beliau menasihatkan individu yang mahu melakukan aktiviti luar ketika waktu puncak gigitan aedes dari 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam, supaya memakai pakaian cerah dan berlengan panjang serta menggunakan bahan pencegah nyamuk.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Ogos 2019 @ 10:21 AM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED