Translate

27 August 2019

Garis panduan melarang konsert pada hari kebesaran umat Islam mengundang tanda tanya


Garis panduan larang acara hiburan di hari kebesaran Islam undang persoalan
Minderjeet Kaur
-August 27, 2019 5:30 PM
FMT

(Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Garis panduan melarang konsert pada hari kebesaran umat Islam mengundang tanda tanya, selepas terdapat penganjur terpaksa mengubah semula persembahan menampilkan seorang penyanyi India selatan pada 31 Ogos kerana ketika itu malam sambutan Awal Muharam.

Perkembangan ini selepas sebuah agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerima nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), yang berkata konset oleh SP Balasubrahmanyam itu tidak patut diadakan selepas matahari terbenam pada 31 Ogos apabila tahun baru Islam bermula.

Namun tinjauan segera mendapati banyak acara hiburan tidak terkesan dengan garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) itu, yang menapis dan meluluskan permit untuk konsert yang menampilkan penghibur luar.

Garis panduan itu berkata konsert hiburan tidak akan dibenarkan pada hari kebesaran umat Islam.





Puspal memaklumkan perkara itu pada Raaghav Productions, penganjur konsert SP Bala pada 31 Ogos ini, sebagai syarat meluluskan permit.

Bagaimanapun, di taman tema utama negara, Genting Highlands, konsert penyanyi Taiwan, Ronald Cheng yang dijadualkan pada 8.30pm pada 31 Ogos masih diteruskan.

Di Kuala Lumpur, acara komedi “The POMPuan Show” akan dipersembahkan pada 8.30pm 31 Ogos.

Pada malam yang sama, deejay Mike Williams dari Belanda akan menghiburkan pengunjung kelab malam Dragonfly.KL di ibu negara.

Di Pulau Pinang, konsert Festival Muzik 2019 akan diadakan di Tanjung Bungah pada tengah malam 1 September, iaitu sekitar waktu sama yang menurut Puspal tidak boleh diadakan sebarang konsert.

FMT sedang menghubungi Puspal berhubung perkara itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shenzhen viewed 'Sebenarnya.my chatbot AIFA launched to combat fake' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Jalan Gua Musang-Kuala Lipis semakin sesak, pertam' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buka kertas siasatan kes gaduh di Jalan TAR ' 10 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis kenal pasti 66 'blackspot', perk' 23 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pukul guna' 32 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tindakan tegas, s' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'April 2017' 1 hr 31 mins ago