Translate

26 August 2019

Doctor in Malaysia helps breastfeed baby whose mum is still in coma




Doctor in Malaysia helps breastfeed baby whose mum is still in coma


THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
Aug 26, 2019


A doctor helped to breastfeed three-month-old Farah Hanis Fairol Haziri who was born via Caesarean section after her mother fell into a coma while she was still pregnant, Metro Ahad reported.

Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan said she felt the need to help Farah Hanis after finding out through the media that her mother, Kamareeah Arwae, was in a coma since December last year due to a brain tumour.



"It has been two weeks since Farah Hanis became my 'daughter', " said Dr Siti Nur Aqilah, who has a five-month-old son.


Ibu susu bayi ajaib

MyMetro

BAYI ajaib, Farah Hanis di samping ibunya Kamareeah.


Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my





“SEJAK dua minggu lalu, Farah Hanis sudah menjadi ‘anak perempuan’ saya,” kata Dr Siti Nur Aqilah Mohd Khairul Adnan, 32.

Dr Siti Nur Aqilah kini menjadi ibu susuan kepada bayi ajaib, Farah Hanis Fairol Haziri kini berusia tiga bulan yang dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.

Menurutnya, dia tergerak hati untuk membantu Farah Hanis selepas mengetahui kisah bayi itu yang tidak sempat merasa susu ibu berikutan ibunya, Kamareeah Arwae, 36, koma sejak dari tempoh kehamilan lagi melalui akhbar.

Beliau yang bertugas di Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh, di sini, berkata, semua itu dilakukan atas rasa keibuan kerana sejak dilahirkan sehingga berusia tiga bulan bayi itu tidak pernah merasa setitik susu ibu.

ADVERTISING




“Saya menyuarakan hasrat itu kepada suami namun dia meminta saya bersabar seketika, namun pada masa sama saya turut berhubung dengan bapa Farah Hanis untuk meminta kebenarannya (memberi susu).


DR Siti Nur Aqilah.

“Mengenangkan sudah dua bulan bayi itu hanya minum susu formula, Alhamdulillah, hasrat saya dipersetujui oleh suami,” katanya yang turut mempunyai seorang bayi lelaki berusia lima bulan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Hari Keluarga Penyusuan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2019 peringkat Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, semalam.

Dr Siti Nur Aqilah adalah antara 150 peserta yang menghadiri program berkenaan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi HUSM, Prof Dr Mohd Imran Yusof.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan melalui pembedahan selepas ibunya koma ketika hamil sejak Disember tahun lalu kerana menghidap ketumbuhan di kepala.

Dari seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi itu hanya bergantung pada susu dimasukkan melalui tiub dari leher ibu, Kamareeah yang koma selepas mengalami kejang dan sawan berikutan tumor semakin membesar.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 11:44 AM


Berita Berkaitan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'Platform strategik Malaysia meterai MoU p' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Presiden Kosovo akhiri lawatan rasmi empat hari ke' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed '12 saksi diambil keteranga' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tahap pematuhan perintah paparan ubat memuaskan - ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penunggang motosikal maut dirempuh van langgar lam' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Penganggur didakwa edar lebih 20 kilogram syabu | ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Phoenix viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 44 mins ago