'Tak dapat semua, separuh pun tak pa'
MyMetro
HARIAN METRO
Nor Amalina Alias
cnews@nstp.com.my
“SAYA runsing memikirkan cara mahu membayar ganti rugi susu dan kos membaiki lori. Setakat ini saya belum berbincang dengan pemilik barangan susu.”
Demikian kata Azizan Zainuddin, 57, iaitu pemilik lori muatan susu yang terbabit dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang, di Bachok, kelmarin.
Azizan berkata, sehingga kini dia masih berharap orang ramai terus menghantar semula susu yang mereka kutip selepas lori yang dinaiki anaknya, Mohd Baihaqi, 25 dan pekerjanya dikenali sebagai Shafiq, 21, terbalik.
“Setakat hari ini, saya terima lima karton dan beberapa guni berisi susu tin yang dihantar penduduk ke lokasi kemalangan dan dimaklumkan polis ada terima lebih kurang 40 hingga 50 karton susu tin yang diserahkan ke balai.
ADVERTISING
“Kalau tak dapat semua, dapat separuh pun tak apa, jadi saya merayu supaya orang yang ambil, hantar segera bekalan susu itu.
“Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos yang perlu saya ganti rugi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Haji Ali, di Bachok, hari ini.
Azizan berkata, petang esok, dia akan berjumpa pemilik susu berkenaan di Pengkalan Chepa untuk berbincang kerugian selepas susu berkenaan diambil orang ramai tanpa kebenaran.
“Saya juga akan menghantar kesemua bekalan susu yang ada kepada pemilik susu berkenaan.
“Saya kini tak sempat nak fikir apa, sebab tengah bingung memikirkan kos kerugian yang perlu diganti kepada syarikat selain kos membaiki lori yang rosak akibat kemalangan membabitkan kos RM50,000. Semuanya perlu ditanggung oleh saya,” katanya.
Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika susu berkenaan sudah digunakan orang ramai yang mengutip susu itu.
“Cuma saya minta jangan cakap yang bukan-bukan tentang kejadian, saya sekeluarga juga mohon maaf kerana jika disebabkan kes kami ini, orang Kelantan dipandang rendah kerana mengutip susu yang jatuh.
“Namun saya berharap kes ini menjadi menjadi pengajaran supaya tidak mengambil barang kepunyaan kita.
“Tapi sewajarnya jadikan kejadian ini sebagai pedoman supaya tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan kita,” katanya yang mengambil upah membawa muatan susu untuk dihantar ke gudang.
Anaknya, Mohd Baihaqi pula berkata, akibat kejadian itu, dia cedera di peha kanan akibat tersepit dan Shafiq juga menerima lima jahitan di kepala.
“Dalam rakaman video yang tular itu, memang Syafiq (berbaju hijau dalam video) ada letak kotak susu atas motosikal saudara kami dan bapa saudara memunggah kotak susu ke dalam Toyota Hilux, namun untuk disimpan dan bagi semula kepada kami.
“Namun, apa yang menyedihkan ada pihak sanggup mengoyakkan kanvas lori sehingga ada yang berebut dengan bapa saudara hendak ambil susu. Bagi saya ini tidak sepatutnya berlaku kerana kami baru ditimpa kemalangan.
“Ibu, Nik Nor Asiha Raja Puteh, 55, yang turut berada di lokasi sudah melarang orang ramai daripada mengambil, namun tidak diendahkan sehingga ada yang memuatkan susu dalam guni,” katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Dalam kejadian jam pagi kelmarin, tular di laman sosial menyaksikan orang ramai mengutip ribuan susu tin yang bertaburan selepas lori dipandu Mohd Baihaqi terbalik.
Video berdurasi 34 saat itu mengundang kecaman netizen yang menyelar tindakan orang ramai mengutip susu itu, dianggarkan berjumlah 1,500 karton dengan nilai RM120,000.
Berita berkaitan
• 'Tolong pulangkan susu itu'
• Tok molek wat gitu...
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 3:24 PM