Translate

03 August 2019

Raja Permaisuri Agong perjelas isu TAFF di twitter rasminya




Raja Permaisuri Agong perjelas isu TAFF

MyMetro

HARIAN METRO

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO Arkib NSTP.


Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my





“SAYA minta maaf bagi pihak staff (kakitangan) saya, kami ada prosedur dan borang-borang, kenalah ikut itu semua,” tulis Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter rasminya, hari ini.

Baginda mengulas komen ditinggalkan seorang wanita di Facebook (FB) I Love Pahang mengenai layanan kakitangan bertugas di Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang didakwanya biadap dan kurang ajar.

Dalam komen berkenaan, wanita itu mendakwa dia menghubungi TAFF sebanyak 50 kali dan apabila dapat bercakap, pertanyaannya dijawab dengan cara kurang ajar.

Bagaimanapun, Tunku Azizah yang aktif di Twitter rasmi baginda menjelaskan sebelum ini baginda pernah menjawab telefon di pejabat TAFF dan berpura-pura menjadi setiausaha.




PENJELASAN Tunku Azizah di Twitter baginda.

“Memang ada yang kasar dan marah-marah juga. Mungkin mereka inilah yang tulis komen begitu.

“Ada yang call (hubungi) tidak faham, kena isi borang, penuhi semua syarat. Bukan terus dapat, (kerana) kami memberi rawatan percuma kepada mereka yang layak dan memerlukan.

“Pokoknya, isi borang dan (dapatkan) surat pengesahan daripada doktor bagi suami dan isteri, itu kena patuh dan jangan marah. Saya minta maaf,” titahnya.

Baginda turut berkongsi tangkap skrin layar penjelasan kakitangannya yang mendakwa tidak bercakap kurang ajar dengan wanita itu.



Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Tunku Azizah berkenan menaja 60 suami isteri untuk menerima rawatan kesuburan daripada TAFF, bulan depan.

Titah baginda, semua pasangan itu dipilih sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-60 pada 30 Julai lalu.

TAFF dibangunkan Tunku Azizah demi membantu pasangan berkahwin yang sukar menimang cahaya mata untuk mendapatkan rawatan bersesuaian.

Ia menjadi badan bukan kerajaan (NGO) paling istimewa di hati baginda kerana Tunku Azizah sendiri terpaksa menunggu hampir 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 4:47 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED