Translate

27 August 2019

Sindiket Seludup Dan Proses Dadah Dalam Kondominium




MKL Crimedesk
Published on 26 Aug 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Dua sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah guna kondominium untuk proses dan pembungkusan dadah sendiri.

Kegiatan licik itu bagaimanapun tumpas dalam beberapa siri serbuan dengan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai lebih setengah juta ringgit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, 11 individu ditahan sekitar daerah Sentul Kepong dan Jalan Kuching pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Serbuan pertama polis berjaya memberkas empat lelaki tempatan berusia 27 hingga 33 beserta rampasan sepucuk pistol bearing, satu kelopak, sehelai vest berlambang polis serta wang tunai.

Ia dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Kasipillay Sentul, pada kira-kira jam 1 petang Jumaat lalu.

Turut ditemui 53 paket berisi dadah ketamin, ekstasi (360 biji), pil yaba (220 biji), serbuk MDMA (6 paket), eramin 5 (10 biji) dan sepaket ganja yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,380.

Kesemua suspek ini kini direman lima hari sehingga esok dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 89(a) Akta Polis.

Serbuan kedua.... Tujuh lelaki berusia lingkungan 21 hingga 33 tahun serta rampasan dadah bernilai RM372,330 dalam serbuan berasingan pada Sabtu lalu.

Katanya, serbuan pertama pada jam 7.30 petang di hadapan pusat beli-belah di Jalan Kepong, Kuala Lumpur berjaya tahan lima suspek dan merampas empat paket dadah heroin dan 5,000 biji pil eramin 5.

Susulan itu, soal siasat membawa serbuan ke sebuah kondominium di Jalan Kuching, Kuala Lumpur dan menahan dua lagi suspek.

Pemeriksaan di kondominium terbabit menemui dua blok heroin base, heroin (2 paket), methamphetamine (73 paket), eramin 5 (1,700 biji) dan ekstasi (161 biji).

Siasatan mendapati kedua-dua sindiket terbabit telah aktif sejak tiga hingga lima bulan lalu di sekitar Sentul dan Lembah Klang.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti modus operandi sindiket ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau IPD Sentul di talian 03-404822222 atau mana-mana balai berdekatan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pasir gudang viewed 'Caldbeck Macgregor Malaysia Organizes Exclusive Bu' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cacing ditemui dalam tin sardin jenama RANESA yang' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Iowa viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Des moines viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Boydton viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Delaware viewed '19 pusat mengundi dibuka serentak' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan enam lelaki selesai kes tembak kurang ' 2 hrs 47 mins ago