Translate

02 January 2019

PERBUALAN berhubung rancangan untuk menyingkirkan Ketua ARMADA Syed Saddiq dalam aplikasi WhatsApp, tular hari ini.




Usaha singkir, 'pelempang' Syed Saddiq?

MyMetro

SYED Saddiq ketika berucap di PAT BERSATU kedua di Putrajaya, Ahad lalu. Gambar kecil, perbualan dipercayai dalam grup WhatsApp Ketua Bahagian BERSATU yang tular.


Siti Nur Mas Erah Amran
cnews@nstp.com.my





PERBUALAN berhubung rancangan untuk menyingkirkan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam aplikasi WhatsApp, tular hari ini.

Kemarahan ketua bahagian itu dipercayai timbul ekoran kenyataan Syed Saddiq yang membidas perwakilan dari Wilayah Persekutuan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Ahad lalu.


Berdasarkan perbualan terbabit, beberapa ketua bahagian marah dan kecewa dengan sikap Syed Saddiq yang menyelar pemimpin parti yang meminta kontrak sehingga menyebut nama seorang ‘menteri’ yang didakwa berjanji akan memberikan kontrak ketika berucap dalam perhimpunan terbabit.


“Untuk kembali ke muka buku sama, Syed Saddiq perlu basuh dosanya yang membuka aib BERSATU, perlu meminta maaf secara terbuka kepada Wilayah Persekutuan dan ketua bahagian sekalian.

“Saya berjanji akan menggerakkan seluruh negara untuk tolak Syed Saddiq. Insya Allah,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden BERSATU, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman menyifatkan parti perlu menggunakan segala sumber kerajaan ketika pilihan raya dan mengaplikasikan apa saja cara sekalipun untuk berkuasa, malah menyifatkan pihak yang membantah sebagai ‘bodoh’.

Bagaimanapun, menerusi rantaian perbualan WhatsApp sama, ada pemimpin BERSATU mempertahankan pendirian Syed Saddiq.

“Kebiadapan ARMADA mencabar ketua bahagian satu perkara melampau.

“ARMADA tidak kenal siapa dicabarnya.

“Syed Saddiq tidak mendidik mereka cara menghormati. Saya nak tengok bagaimana ARMADA nak bergerak tanpa sumber,” kata seorang lagi ketua bahagian.

Sementara itu, Ketua BERSATU Bahagian Bandar Tun Razak, Bantura Mohd Shahni Ismail turut menyindir Syed Saddiq atas pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan bukannya daripada kalangan ahli parti.

“Syabas dan tahniah kepada Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan kerana percaya dan mengamalkan konsep kesamarataan dan berintegriti penuh dengan melantik Tan Sri Tony Fernandes menerajui Perbadanan Stadium Malaysia.

“Kepada saf kepimpinan PPBM (BERSATU) yang ada tak layak untuk dilantik menjadi pengerusi sebab kuat minta projek,” katanya menerusi status yang dimuatnaik dalam laman Facebook.

Tambah Bantura, BERSATU adalah parti Melayu yang tegar dan tidak sesekali akan memohon maaf dalam mempertahankan hak orang Melayu.

“Sekiranya Syed Saddiq mempunyai idea lain, maka dia harus menyertai PKR,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 January 2019 @ 11:55 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED