Translate

26 April 2017

Penganjur Konsert Nova 2017 yakin pertembungan antara konsert anjurannya dengan persembahan Sheila Majid pada 5 Ogos depan tidak menjejaskan sambutan


Konsert Nova 2017 Tidak Terjejas Bertembung Persembahan Sheila Majid

Diterbitkan: Selasa, 25 April 2017 7:44 PM

Artis yang akan menjayakan Konsert Nova 2017 iaitu Judika (dari kiri), Alzan & The Typewriter, Cakra Khan dan Faizal Tahir. FOTO: RICKY LAI
(Ubah saiz teks)



PETALING JAYA: Penganjur Konsert Nova 2017 yakin pertembungan antara konsert anjurannya dengan persembahan Datuk Sheila Majid pada 5 Ogos depan tidak menjejaskan sambutan acara pihaknya.

Pengerusi, Suasana Enak Sdn Bhd, Datuk Mohammad Kamal Yan Yahaya, berkata, kedua-dua konsert berkenaan menampilkan genre muzik berbeza dan seterusnya peminat juga daripada kelompok lain.

"Rancangan adakan konsert ini sudah lama iaitu setahun yang lalu dan kami juga baru dapat tahu tentang konsert Datuk Sheila Majid yang akan berlangsung pada tarikh yang sama.

"Tapi ia tiada masalah kerana genre muzik kedua-duanya berlainan. Sheila muzik lebih kepada jaz dan kami pop rock. Jadi peminat yang datang itu golongan yang berbeza," ujarnya kepada mStar Online.


Beliau berkata demikian dalam sidang media Konsert Nova 2017 yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini, Selasa.




image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/04/25/konsert-nova/~/media/3d4ed6e662424fc290d147ce5bda4acc.ashx?la=en
Para artis dan pihak penganjur memotong kek sebagai simbolik mengadakan konsert Nova 2017.



Konsert tersebut bakal membariskan penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter.

Manakala tiga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Judika, Cakra Khan dan Syahrini akan turut bersama.

Ia bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert Sheila Majid pula akan diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Selain itu, tambahnya, Konsert Nova yang berdurasi lebih dua jam itu bakal menampilkan 30 buah lagu daripada penyanyi-penyanyi tersebut.

"Secara puratanya seorang bakal menyanyi enam atau tujuh buah lagu termasuk lagu kolaborasi mereka.

"Lagu-lagu berkenaan masih lagi dalam perbincangan dan sudah semestinya lagu-lagu hit mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, pengarah muzik Aubrey Suwito bertanggungjawab terhadap mutu persembahan pada malam konsert tersebut.

Tiket-tiket konsert boleh diperoleh secara dalam talian di http://www.ticketpro.com.my


Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/04/25/konsert-nova/#5zKq55vt0f06rIid.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 1 hr 36 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from San jose viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 2 hrs 39 mins ago