Translate

22 April 2017

Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.selepas dihentam oleh netizen Indonesia, isu beliau menepis tangan seorang peminat

Dian Tak Sengaja

..
Selepas dihujani dengan pelbagai kritikan pedas oleh netizen Indonesia berhubung isu beliau menepis tangan seorang peminat yang mahu berswafoto bersamanya ketika di tayangan filem Kartini baru-baru ini, akhirnya Dian Sastrowardoyo tampil membuat penjelasan.
Menerusi laman Instagram, aktres jelita ini menyuarakan situasi yang dihadapinya tatkala insiden berkenaan dirakamkan.
..
"Sejujurnya itu adalah perkara yang tak disengajakan. Ada seseorang dari belakang yang secara tiba-tiba memegang badan saya.
"Akibat terkejut dan secara tidak sengaja saya menepis dan menghindarinya. Namun saya tidak bermaksud tidak ramah atau tidak sopan.
"Memang video tersebut kemudiannya saya padam agar tidak menimbulkan kesan yang tidak sesuai mengenai apa yang sebenarnya terjadi," tulis Dian.
Tambah Dian dia akur dengan kecaman dan menerimanya dengan hati yang terbuka.
Sebelum ini pengarah filem Kartini, Hanung Bramantyo turut tampil memohon maaf terhadap kelakuan Dian yang dianggap tidak sopan.
{ Baca lagi: Dian Sastrowardoyo Tepis Tangan Peminat, Beri Reaksi Jijik? }

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US | BEST F' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah | B' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 20 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Tiga kementerian pacu projek jambatan baharu Malay' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Ashburn viewed '52 Terselamat Nahas Empat Kenderaan | BEST FBKL' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 3 hrs 4 mins ago