Translate

08 December 2016

Pelakon drama, Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati

Pelakon Drama Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

..
Pelakon drama, Aidil Aziz dan dua rakannya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini semalam meminda pertuduhan yang dihadapi mereka daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah itu.
Memetik sumber laporan Kosmo! pertuduhan itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz Mohamed di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Bagaimanapun. Aidil, atau nama penuhnya, Mohd. Aidil Abdul Aziz, 29, dan dua rakan, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, yang bekerja sendiri dan R. Guevara Cortez, 33, jurutera teknologi maklumat me­ngaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut.
Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.
Mengikut pertuduhan, masing-masing didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 18.39 gram di sebuah rumah di Ampang Ulu, di sini pada 12.40 tengah hari, 24 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 kepada Aidil yang diwakili peguam bela Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin dan Guevara diwakili Afifuddin Ahmad Hafifi.
Omar Sayeed pula diwakili peguam G. Jaya Prem tidak dibenarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai satu lagi kes di Mahkamah Sesyen.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED