Wak Doyok, Azrinaz Enggan Ulas Lanjut Berita Sudah Bertunang
Malaysian Digest
.
Pada Ahad lalu, kecoh apabila Wak Doyok dilaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37. Majlis pertunangan pasangan itu dikhabarkan telah berlangsung secara tertutup pada 23 Julai lalu.
Memetik laporan Utusan online, pengacara dan ikon fesyen tersebut bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan laporan pertunangan beliau dengan wanita itu
Sebaliknya, Wak Doyok lebih rela membiarkan khalayak membuat spekulasi terhadap berita berkenaan.
"Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain," katanya .
Begitu juga Azrina, yang enggan mengulas lanjut.
"Saya enggan memberi sebarang komen,” katanya epada pihak media
Sebelum ini laporan media melaporkan berita pertunangan kedua-dua selebriti itu yang difahamkan berlangsung secara tertutup di kediaman Azrinaz di kawasan perumahan elit di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.
Difahamkan ibu Wak Doyok menyarungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan hubungan pasangan itu.
Menurut sumber, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan berkenaan.
Azrina merupakan bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan mempunyai sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok pula belum pernah berkahwin.
Hubungan Azrina dan Wak Doyok bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.