Translate

11 February 2016

Mukhriz berkata dia terpaksa meletak jawatan Menteri Besar Kedah kerana PM tak puas hati, sakit hati, dengan ucapan saya di Saloma Bistro


Kedah - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata dia terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah kerana dia

Di dalam video yang berdurasi selama 7 minit yang dimuat naik oleh Mukhriz Mahathir FC, Mukhriz dilihat menceritakan perkara itu kepada penyokongnya di dalam satu majlis.

"Ini telah diakui sendiri oleh Perdana Menteri kepada saya secara peribadi.

"Dia tak puas hati, sakit hati, dengan ucapan saya di Saloma Bistro

"Dia beritahu terus kepada saya, tak patut seorang menteri besar kata macam tu kepada Perdana Menteri.

"Dan oleh kerana itu saya kena lepaskan jawatan", kata Mukhriz.

Tambah Mukhriz lagi, sepanjang satu jam setengah beliau bersama Perdana Menteri di dalam satu lawatan di Langkawi baru-baru ini, tidak pernah sekali Perdana Menteri menyebut beliau kecewa dengan pentadbiran Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

"Yang dia sebut, adalah rasa marah kerana saya menegur dia dalam ucapan saya di Saloma Bistro

"Dan teguran(di Saloma Bistro) itu pun berkait dengan dua perkara; satu 1MDB dan satu lagi RM2.6 billion", kata Mukhriz.

Selain dari itu, menerusi video yang sama, Mukhriz turut menceritakan bagaimana dia hilang majoriti dalam dewan.

Muhkriz pada 3 Feb lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan jawatan itu diganti oleh Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah - Siakapkeli.my 

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED