Translate

03 February 2016

Menerusi jenama pernigaan tudungny, Naelofar Hijab Neelofa dilaporkan berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak RM50 juta pada tahun lalu

Keuntungan RM50 Juta, Neelofa Tak Mahu Riak Status Jutawan

..
Menerusi jenama pernigaan tudungny, Naelofar Hijab, pelakon dan pengacara Neelofa dilaporkan berjaya meraih keuntungan bersih sebanyak RM50 juta pada tahun lalu. Fakta itu didedahkan oleh BBC News pada Disember 2015.

Untuk seorang peniaga amatur seperti Neelofa, keuntungan tersebut adalah satu pencapaian yang cukup luar biasa. Malah, angka puluhan juta yang diperolehinya itu meletakkan dia dalam golongan jutawan.
Baginya, dia mengambil gelaran jutawan yang diberikan masyarakat kepadanya sebagai satu doa untuk menjadikan dia insan yang lebih berjaya dari semasa ke semasa.
“Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan ia berpunca hasil kerja titik peluh saya dan keluarga. Ia takkan berlaku hanya jika saya seorang yang melakukannya.
“Pada masa yang sama, saya ingin bisnes ini terus berkembang dan kukuh sehingga berjaya menembus pasaran antarabangsa. Saya yakin dengan sokongan pelbagai pihak, Naelofar Hijab akan terus berkembang sebagai jenama yang menjadi fenomena di dalam dan luar negara,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Lofajuga  berharap kejayaan dan status jutawan tidak mengubah siapa dirinya sebelum berada pada tahap sekarang.
“Ia (berita tersebut) ada baik, ada buruknya juga. Tetapi bagi saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Ia bagus untuk membuktikan kepada dunia bahawa tiada yang mustahil dalam hidup jika tidak berputus asa," katanya yang baru menamatkan kursus jangka pendek dalam bidang pemasaran dan penjenamaan di New York, Amerika Syarikat.


Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED