Enam remaja ditahan di sekitar Petaling Jaya kerana membuli dua pelajar sekolah dengan mengarahkan mereka menjilat ludah. Semua suspek direman tiga hari bermula hari ini.
Semoga ia memberi pengajaran kepada yang lain
Tindakan sekumpulan enam pemuda membuli dua pelajar sekolah menengah dengan memaksa mereka menyalak bagai anjing dan menjilat jalan tar di sebuah kawasan perumahan di Sea Park di sini minggu lalu mengundang padah apabila kesemua suspek-suspek terlibat ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, kes buli itu didakwa berpunca daripada tindakan kedua-dua mangsa merakam gambar seorang gadis yang juga rakan kepada kesemua suspek yang ditangkap tanpa kebenarannya.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang menjadi mangsa buli berusia 14 tahun dan mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Sea Park.
“Perbuatan kedua-dua mangsa dituduh merakam gambar gadis terbabit menjadi punca kedua-dua mangsa telah dipukul oleh sekumpulan enam lelaki.
“Selepas dibelasah, mangsa-mangsa kemudian dipaksa menyalak seperti anjing dan seterusnya menjilat jalan bertar,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.