Translate

20 October 2015

Walaupun Pemilik Kereta Tampil Jawab Segala Tuduhan Terhadapnya, dia tidak boleh pukul pekerja car wash tidak kisah apa alasan yang diberi

Pukul Bangla: Pemilik Kereta Tampil Jawab Segala Tuduhan Terhadapnya



Berikutan video viral seorang pekerja warga Bangladesh yang dipukul oleh seorang lelaki tempatan gara-gara dikatakan mengotorkan keretanya, lelaki berkenaan telah tampil memberikan kenyataan.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan, Risamuddin Abd Wahab mendakwa pemilik Car Wash berkenaan,  Atie Abdul Hamid, telah menfitnahnya.

Menurutnya, kerana penyiaran video berkenaan telah mendatangkan kemudaratan kepada keluarganya apabila telah dicemuh masyarakat.

"Bangla itu memang kurang ajar. Saya dah tegur elok-elok tetapi disebabkan dia tak puas hati bila ditegur, dia pergi ke sebelah pemandu dengan menggunakan kain yang kotor, dia terus lap bahagian bumbung dalam sampai lekat kesan hitam semata-mata nak tunjuk tak puas hati.

"Bila saya tegur lagi, dia menjawab. Kalau you di tempat saya, sikit sebanyak pun akan tercabar juga," katanya kepada rakan yang bertanyakan tentang insiden tersebut.

"Saya call bos dia pada masa itu, tetapi tak dijawab. Lepas itu dia fitnah kata saya marah sebab Bangla itu kotor duduk dalam kereta saya. Itu langsung tidak betul sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu dan dia akan tanggung dosa fitnah itu sebab saya sekeluarga termasuk mak dah malu kena kutuk oleh masyarakat," jelasnya.

Beliau juga menyatakan kekecewaan apabila pemilik premis Car Wash berkenaan tidak menunjukkan video rakaman penuh kamera litar tertutup (CCTV) itu dari awal kejadian.

"Saya tak pasti kenapa dia tidak berikan video penuh yang dari awal saya menegur Bangla itu dan ramai-ramai Bangla mana ada yang kotor pun," katanya dipetik dari portal The Hype Media.

Sementara itu, Atie Abdul Hamid pula enggan menjawab segala persoalan yang telah diajukan padanya di laman Facebook dan hanya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

"Terima kasih yang PM inbox saya. Punyalah banyak, memang tak dapat nak balas dan baca. Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak polis," katanya.

Hari ini, Risamuddin dilaporkan telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan mengenai kejadian tersebut susulan satu laporan polis telah dibuat semalam olah pemilik kedai Car Wash berkenaan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED