Translate

18 October 2015

Tidak sampai seminggu selepas tragedi 6 sekeluarga maut dalam nahas jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), satu lagi tragedi maut berlaku

agi Kes Kemalangan Maut di LPT2, Ragut 2 Nyawa


KEMAMAN 18 Okt. - Tidak sampai seminggu selepas tragedi enam sekeluarga maut dalam nahas jalan raya Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), satu lagi tragedi maut berlaku tengah malam tadi yang melibatkan dua dari empat beranak di lebuh raya yang sama kira-kira pukul 11 malam tadi.

Tragedi berlaku di susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Mereka yang maut adalah peneroka di Felda Neram 2, Hasan Abd. Wahab, 53, dan anak sulungnya, Hanis Sazwani, 21.

Isteri Hasan, Sarimah Abdul Gulam, 53, dan anak bongsu, Hanis Sazwani, 14 cedera ringan di muka dan badan.



Utusan Online melaporkan Hasan dan anak sulungnya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Sementara itu, Menteri Besa Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR untuk mengenalpasti kawasan berisiko dan langkah yang perlu diambil untuk mengelak kejadian ngeri di LPT2.

Pihak kerajaan negeri juga berhasrat untuk menempatkan anggota JPAM di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko

“Ini bagi memudahkan mereka bergegas dan memberi pertolongan awal sekiranya ada berlaku kemalangan ataupun kecemasan di kawasan LPT2 tersebut

Segala kos penempatan dan mobiliti akan ditanggung oleh kerajaan negeri”, katanya sambil memaklumkan kerajaan negeri akan mengadakan majlis solat hajat bagi memohon sebarang kejadian tidak diingini berulang di LPT2. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED