Tajuddin Beri Amaran Mahu Lempang Cina Malaysia
Kuala Lumpur, 1 Okt. - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di dalam satu kenyataan pada hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini sekiranya mereka mengadu masalah kepada pihak luar.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin memetik laopran dari MalaysiaKini.
Selain itu, beliau juga meminta rakyat Cina di negara ini agar berhenti "berangan" ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.
"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada "big boss" datang, ada "God Father" datang dari negara China sebab nak tolong dia.
"Jangan berangan begitu," katanya.
Kata Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China, Huang Huikang ke Malaysia hanya bertujuan melindungi rakyat negara China yang melancong ke negara ini.
"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.
"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.
Sebelum ini, Huang mengingatkan lawatannya ke Jalan Petaling Street tidak harus dijadikan isu anti-kerajaan Malaysia. - Siakapkeli.my