Translate

11 October 2015

Pelakon Fathia Latiff mengakui teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza, kurang selesa apabila mengadapat tahu dia digandingkan dengan Remy Ishak.

Aiman Cemburu Gandingan Fathia Dengan Remy Ishak

..
Pelakon Fathia Latiff mengakui teman lelakinya, Aiman Hakim Ridza, kurang selesa apabila mengadapat tahu dia digandingkan dengan Remy Ishak.
Menurut Fathia, sikap cemburu Aiman bukanlah membabi buta hingga menjejaskan hubungan mereka.
Sebaliknya aktor tinggi lampai itu bimbang kesibukan Fathia di set penggambaran menjadikan merekan kurang dapat meluangkan masa bersama.
“Aiman kurang gemar apabila mengetahui saya bakal bergandingan dengan Remy untuk drama bersiri itu. Namun bukan kerana dia tidak suka pada aktor itu sebaliknya risau kami akan kurang meluangkan masa bersama”
“Kebiasaannya saya akan berehat sekiranya Aiman sibuk dengan penggambaran dan begitulah sebaliknya. Dia risau jika perkara itu membuatkan hubungan semakin renggang kerana kedua-dua sibuk bekerja,” jelasnya seperti yang dilaporkan Berita Harian.
Fathia Latiff & Remy Ishak akan terlibat sama dalam drama bersiri Rumi & Jawi arahan Erma Fatima yang dijadual memulakan penggambaran awal bulan depan dan bakal disiarkan di TV3.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED