Translate

01 October 2015

Gambar Majlis Nikah Emma Maembong dan Kamal Adli menjadi Viral di Media Sosial

Gambar Majlis Nikah Kamal & Emma Jadi Viral

..
Hubungan percintaan mereka bukan lagi rahsia. Meskipun baik Kamal Adli mahupun Emma Maembong masih belum berterus terang mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara mereka namun kemesraan tersebut jelas terlihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram masing-masing.
Tambahan sebelum ini kedua-dua pelakon ini pernah menyatakan yang mereka tidak menolak sebarang kemungkinan jika ada jodoh antara mereka suatu hari nanti.
Namun baru-baru ini, timbul pula dakwaan Kamal dan Emma dalam diam sebenarnya sudah melangsungkan pernikahan. Semuanya gara-gara sekeping gambar menunjukkan pasangan ini berpakaian sedondon berwarna biru dan dalam suasana seperti majlis pernikahan.
Difahamkan foto tersebut merupakan salah satu babak lakonan antara Kamal Adli dan Emma untuk sebuah drama dan ia sebenarnya sudah dimuat naik sejak April 2015.
Bagaimanapun tatkala foto tersebut baru-baru ini menjadi viral sekaligus ramai yang bertanyakan sejauh mana kesahihan khabar tersebut.
"Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya,”
"Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT," kata Kamal seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED