Pesawat Singapore Airlines Terpaksa Berpatah Balik Selepas “Diserang” Burung
SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) penerbangan SQ391 dilaporkan terpaksa berpatah balik selepas 'diserang burung' ketika baru beberapa minat berlepas dari Istambul, Turki semalam.
Pesawat berkenaan yang membawa 255 penumpang dan 14 anak kapal bagaimanapun dilaporkan selamat mendarat seperti biasa.
Pesawat jenis Boieng 777-200 berkenaan yang beroperasi dari Istanbul ke Singapura pada asalnya dijadualkan berlepas ibu negara Turki di 13:30 (waktu Istanbul) dan dijangka tiba di Singapura jam 5 pagi semalam.
Berikutan masalah itu, pihak Sinagpore Airlines telah menyediakan memberi pilihan kepada penumpang yang terlibat samaada untuk menunggu pesawat lain atau ditemaptkan di hotel sementara.
Penerbangan bantuan dianggarkan berlepas Istanbul pada 2.40 pagi (waktu Istanbul) dan tiba di Singapura pada 6.06 pagi (Waktu Singapura) Selasa.
“Jurutera kami kini sedang menilai tahap kerosakan akibat kejadian ini,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu - Siakapkeli.my