Ibu remaja itu mendakwa anaknya itu pernah mengugut untuk menumbuknya dan mendoakan 'ibu mampus'.
FMT
FMT
PETALING JAYA: Seorang remaja mungkin menyesal tak sudah apabila ibunya tidak mahu untuk menjadi penjamin selepas dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya.
Remaja terbabit yang berusia 13 tahun ditahan dalam operasi yang dilakukan oleh pasukan polis trafik di Johor Bahru.
Kejadian itu berlaku pada 2013 dan dimuatnaik semula di Facebook Friends of PDRM sebagai pengajaran kepada remaja yang suka lumba haram haram atau merempit.
Ibu remaja terbabit yang dihubungi polis selepas anak lelakinya itu ditahan melahirkan rasa kecewa dan menganggap anaknya itu sebagai anak derhaka.
Menerusi satu visual yang dirakam stesen televisyen NTV7, wanita itu nekad tidak akan membayar ikat jamin.
“Saya dah cakap kat dia malam minggu ni jangan, jangan keluar. Tak tengok kat tv (televisyen). Dia kata nak bawa motor itu untuk rompak rumah orang. Kurang ajar punya anak.
“Makan hati, kenapa ada anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah. Baguslah masuk lokap pun tak apa,” herdik wanita itu kepada anaknya.
Tambah wanita itu lagi, anaknya itu langsung tidak mahu mendengar kata-katanya dan lebih menjengkelkan lagi apabila dia pernah diugut hendak ditumbuk.
Kecewa dengan sikap anaknya itu, wanita tersebut berkata, dia sering berdoa selepas solat meminta kepada Allah agar remaja itu menjadi seorang anak yang soleh tetapi dibalas oleh remaja itu dengan kata-kata `mampuslah ibu, ibu mampus’.
Jelas wanita itu lagi, anak lelakinya disifatkan sebagai seorang yang tidak boleh dikawal dan berharap agar hukuman tidur lokap itu akan menjadi pengajaran kepadanya.
Wanita tersebut kemudian meninggalkan remaja itu dan membiarkannya menangis.
Berdasarkan maklumat polis, remaja itu cuba mendatangkan kecederaan kepada anggota yang menahannya ketika cuba melarikan diri daripada sekatan tersebut.
Dalam operasi itu, polis menyita sebanyak 62 buah motosikal 180 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.