Translate

09 July 2015

POLIS TEMUI SEBAHAGIAN TUBUH BAYI DIKERAT LAPAN

POLIS TEMUI SEBAHAGIAN TUBUH BAYI DIKERAT LAPAN

Tindakan kejam seorang wanita yang ingin menyembunyikan kelahiran bayinya dengan mengerat tubuh anak yang tidak berdosa itu terbongkar setelah pihak polis menemui sebahagian tubuh bayi itu di dalam mangkuk tandas rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, suspek seorang anak tunggal dalam sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Manggol telah dirujuk ke Hospital Jitra kerana mengadu sakit pinggang oleh pihak keluarganya.

Suspek yang pada mulanya cuba menyorokkan kelahiran haramnya kepada doktor telah memutar belitkan cerita tentang kedudukan bayi yang telah dilahirkannya. Akibatnya, pihak polis yang terpaksa menjalankan mengambil keterangan wanita terbabit berjaya membongkar nasib yang menimpa bayi suci tersebut.

Pihak polis mengesahkan bahawa wanita terbabit akan ditahan sejurus selepas dia dibenarkan keluar dari wad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED