Translate

10 July 2015

LPF arah Potong Adegan Peluk Cium Selepas rungutan orang ramai

LPF Arah Potong Adegan Peluk Cium

..
Peka dengan rungutan orang ramai terhadap beberapa produk drama melayu yang disifatkan sebagai terlalu keterlaluan, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tampil dengan garis panduan tersebut.
Menerusi satu pekeliling, badan tersebut telah menggariskan peraturan rasmi dan setiap stesen televisyen yang beroperasi di Malaysia wajib mematuhinya demi membangunkan ummah berkualiti tinggi pada masa hadapan.
Selain itu, LPF turut menetapkan bahawa adegan yang berunsurkan khurafat serta tahyul juga tidak dibenarkan.
Adegan yang turut berkaitan dengan politik serta memburukkan kerajaan juga tidak dibenarkan selain perkataan lucah dan kasar. Bersyukurlah rakyat Malaysia kerana drama-drama yang akan ditayangkan selepas ini akan menjadi suci bersih lagi merapatkan ukhwah kekeluargaan.
..

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED