Translate

04 April 2015

Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Datuk Azlin Alias dari Pejabat Perdana Menteri adalah antara enam orang yang terkorban dalam satu nahas helicopter di Semenyih

Maklumat awal yang diterima telah disahkan oleh beberapa sumber dari pihak berkuasa serta sumber lain bahawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Datuk Azlin Alias dari Pejabat Perdana Menteri adalah antara enam orang yang terkorban dalam satu nahas helicopter di Semenyih beberapa jam yang lalu.

Tan Sri Jamaluddin Jarjis

Datuk Azlin Alias

Empat yang lain dipercayai turut terkorban ialah pengawal peribadi kepada Tan Sri JJ, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina serta dua orang juruterbang. 
Maklumat terbaru ini akan cuba disahihkan lagi dalam masa terdekat. 

AL-FATIHAH

www.apanama.my




Helikopter korporat AS365N2 Dauphin tersebut terhempas berdekatan Jalan Sg Lallang – Kg Pasir Baru, Semenyih kira-kira jam 4.45 petang.
Setakat ini Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang telah mengesahkan, lima daripada enam penumpang helikopter terbabit ditemui maut.
Selain Jamaluddin, helikopter dipandu juruterbang Kapten Cliff Fournier itu membawa empat penumpang lain.
Helikopter berkenaan dikatakan milik IGB Corporation dan dikendalikan oleh Cempaka Aviation yang dimiliki mendiang Fournier.
 Sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih telah dikerahkan ke lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED