Translate

01 April 2015

SARIMAH IBRAHIM MULA BELAJAR PROTOKOL ISTANA



"Lovely tea with Tuanku today," tulis Sarimah Ibrahim melalui Instagramnya.

Malah menjelang sehari lagi pernikahannya, Sarimah yang bakal dinikahi Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar
 (Tunku Jamie) dilihat sudah mula menyesuaikan diri dengan beberapa adat istiadat dan protokol istana.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Tunku Jamie banyak memberi panduan dan
 tunjuk ajar tentang adat istiadat dan protokol istana yang diketahuinya.






"Ada waktunya, saya sendiri akan bertanya tentang perkara yang saya rasa ingin tahu dan tidak begitu pasti.
 Ia secara tidak langsung membantu saya bagaimana untuk menyesuaikan diri kelak," ujar Sarimah dipetik 
sebagai berkata melalui Majalah Wanita.

Untuk makluman, Sarimah, 36, dan Tunku Jamie, 42, akan bernikah di sebuah hotel di Kuala Lumpur
 esok (Khamis). Mereka juga akan bersanding pada sebelah malamnya di tempat yang sama.

"Saya berharap agar majlis pernikahan dan persandingan itu nanti berlangsung sempurna. 
Doakan agar bahtera rumah tangga yang bakal dibina ini berkekalan ke penghujung usia," tambahnya.













 


Read more: http://www.myartis.com/2015/04/nikah-esok-sarimah-ibrahim-mula-belajar.html#ixzz3W4FnslQp

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED