Translate

17 April 2015

Kejar Penunggang Motor Bogel, Kemunculan lelaki yang menunggang motorsikal tanpa seurat benang mengejutkan pengguna jalan raya.

Video: Kejar Penunggang Motor Bogel

Rider Bogel

Kuala Lumpur – Kemunculan lelaki yang menunggang motorsikal tanpa seurat benang mengejutkan pengguna jalan raya.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan dimana insiden itu dirakamankan, malah pengendali laman Facebook yang memuatnaik rakaman tersebut turut tidak menyatakan maklumat lanjut mengenainya.

Dalam rakaman yang berdurasi 1.44 minit, sekumpulan lelaki yang menaiki kereta dilihat cuba mengejar dan menahan lelaki itu.


Ketika ditanya, ke mana mahu pergi, dia memberitahu ingin ke kedai dan tidak berpakaian kerana hari hujan.

Selepas seketika motorsikal yang dinaikinya berjaya diberhentikan.

Bagaimanapun, salah seorang yang berada berhampiran bertindak ganas dengan memukul mangsa yang terpinga-pinga dan kemudian melarikan diri.


Berdasarkan komen yang dibuat di laman Facebook,  salah seorang pembaca membangkitkan rasa kurang senang terhadap apa yang berlaku.

Lycopersicon de Esculentum: “Mengapa tidak menyerahkannya ke Polis? Seorang memegang batang kayu. Apa haknya memukul orang lain?,” soalnya.

Sementara itu, melalui rakaman kedua yang turut dimuatnaik, kumpulan lelaki itu mendakwa menjumpai dadah jenis ‘ice’ di dalam poket seluar lelaki tersebut. – Free Malaysia Today

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED