Translate

21 October 2014

SAMM Johor mahu hospital Ampang Puteri kaji keputusan taja Che Ta


SAMM Johor mahu hospital kaji keputusan taja Che Ta


17 Okt – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor memohon agar Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk tajaan bersalin aktres jelita Rozita Che Wan.
Dipetik daripada laporan Malaysiakini, penyelaras SAMM Johor iaitu Hadzril Rizal memberitahu aktres yang mesra dengan panggilan Che Ta berkemampuan untuk membiayai kos urusan bersalinnya.
"Apakah asas KPJ benarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," katanya.
Malah Hadzril turut menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Aktres berusia 41 tahun itu dan suami, pelakon Zain Saidin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka bila-bila masa sahaja selepas diijabkabulkan pada 11 Disember 2013.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Inter Milan come back from two goals down to beat ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKSI KEJAR MENGEJAR PERONDA POLIS DI EDL BERHAMPIR' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India serang tiga lokasi di Pakistan, Pakistan ikr' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadanga' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 1 hr 16 mins ago