Polis tumpas taktik langgan pelacur guna WeChat
Astro Awani |Kemas kini:Oktober 24, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 24, 2014 22:59 MYT)
KUALA LUMPUR: Taktik pelacur yang menggunakan aplikasi media sosial, WeChat untuk mencari pelanggan tumpas selepas empat pelacur asing yang sedang leka melakukan seks diberkas di sebuah pusat urut, di Bandar Permaisuri, Cheras.
Serbuan yang dibuat Bahagian Maksiat D Tujuh (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohammad Md Jais turut menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam dan juga pelanggan.
Sindiket berkenaan turut menawarkan satu langganan percuma selepas sembilan kali langganan.
Ia dikatakan modus operandi terkini untuk menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka.
Pelacur yang ditangkap adalah warga Vietnam dan Thailand selain didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Premis tidak berlesen itu juga didapati cuba berselindung dengan menggunakan iklan perkhidmatan urut tradisional.