Translate

16 October 2014

Suami minta Eina Azman berpakaian sopan




14 Okt – Aktres Datin Paduka Eina Azman menyatakan suaminya, Datuk Paduka Gurmet Singh telah memintanya untuk berpakaian sopan selepas mereka berkahwin pada 31 Ogos lalu.
"Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu terdedah.
"Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepadamStar.
Tambah aktres berusia 19 tahun itu lagi, dia bersyukur melihat perubahan suaminya yang peka terhadap imejnya sejak bergelar mualaf selain bersungguh-sungguh mahu mendalami agama Islam.
"Saya lihat dia bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat.
"Lebih mengharukan dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia."
Pada masa sama, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman turut mengakui dia mula berubah menjadi semakin matang selepas bergelar isteri.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 1,270 PATI Ditahan | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat ' 40 mins ago
A visitor from San jose viewed 'February 2015' 53 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'MyCC lancar kaji selidik perkukuh landskap ekonomi' 54 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 56 mins ago
A visitor from United states viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Singapore viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 1 hr 25 mins ago