Translate

16 October 2014

Rita Rudaini selar tindakan tidak matang Aidil Zafuan


14 Okt – Dramatis jelita Rita Rudaini menyifatkan tindakan bekas suaminya Aidil Zafuan yang memuat naik beberapa foto bukti di laman sosial Instagram dengan bertujuan untuk membuat provokasi terhadapnya adalah tidak matang.
"Kalau tidak puas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlu nak gunakan laman sosial untuk bersuara. Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu pasal.
"Saya ada bukti banyak tapi tak pernah tunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan kepada mahkamah.
"Instagram bukan boleh buat keputusan siapa betul siapa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Aidil menerusi laman sosial Instagram miliknya telah memuat naik foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang diberikan kepada Rita untuk nafkah anak.
Malah, pemain bola sepak kebangsaan ini turut memuat naik foto keratan akhbar bertajuk "Rita Mengaku Tak Pernah Tuntut Cerai" yang disiarkan baru-baru ini.
[Sumber foto: OhBulan]

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'To begin three-day state visi' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Khazanah Nasional to acquire INCJ's stake in EDOTC' 34 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 38 mins ago