Translate

18 September 2014

Shila Amzah Salahkan Media Melayu Tak Datang Konsert

Shila Amzah Salahkan Media Melayu Tak Datang Konsert



Entri terbaru akaun Instagram penyanyi Shila Amzah menarik perhatian GUA. Meletakkan gambar keratan media yang memberi liputan konsert sulungnya di Malaysia yang berlangsung pada hujung minggu lalu, kapsyen gambar tersebut berbunyi:

“By @shilaamzah_photography "First and foremost, we would like to thank all Media who came to Shila's first ever concert last weekend. Special thanks to the Chinese media in Malaysia and China who did a full coverage of the concert. Hmm.. We wer wondering what happened to the Malay media. We are not one-sided party but looking at the coverage done by the Chinese media, it shows how much they adore and treasure Shila as a Malaysian artist though she is not a Chinese herself. Do Malay medias more interested in gossips than..... Covering the achievement of their own born artist? What say you people? #shilalas #loveliveinmalaysia" via @PhotoRepost_app”
Persoalannya, mengapa perlu Shila atau pihaknya menempelak media berbahasa Melayu begitu rupa? Adakah dia sudah lupa yang selama ini baik GUA mahupun wakil-wakil media berbahasa Melayu lain sentiasa menyokong karier Shila semenjak zaman dia bergelar Shila Tekno, Sha-Hila, zaman gadis ini memasuki pertandingan realiti nyanyian dan ketika Shila mula menempa nama di persada antarabangsa. Siapa tidak berbangga dengan kejayaan yang ditempah oleh anak Melayu yang berjaya memperluaskan karier di luar Malaysia. Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Instagram Shila sangat menghampakan.
Apa yang menghairankan, ketika sidang media konsertnya yang berlangsung pada April lalu, ada jemputan yang dilayangkan kepada wakil media berbahasa Melayu. Wakil-wakil media berbahasa Melayu datang dan memberi liputan, walaupun diletakkan jauh di belakang wakil-wakil media berbahasa Cina dan tidak dibenarkan untuk menemuramah Shila secara ‘one on one’ kerana kesuntukan masa.
Untuk makluman pihak Shila dan juga pembaca-pembaca di luar sana, kebanyakan wakil media berbahasa Melayu tidak dijemput oleh Shila mahu pun pihak pengurusan Shila. Bagaimana mahu memberi liputan mengenai konsert jika tidak dijemput? Jika kami main datang sahaja, takut-takut nanti ada masalah pula yang timbul.

Mungkin terdapat sedikit masalah atau salah faham yang terjadi antara pihak penganjur dan pihak pengurusan Shila. Kemungkinan pihak yang sepatutnya menghantar jemputan tidak melayangkan jemputan kepada wakil media berbahasa Melayu. Tetapi hal ini tidak patut berlaku melihatkan kepada pengalaman Shila yang lebih sedekad dalam dunia seni. Shila dan pihak pengurusannya sendiri harus tahu selok-belok dunia seni.

Sebelum mahu serkap jarang dan bertindak sedemikian rupa di laman Instagram, sila pastikan dahulu adakah terdapat sebarang masalah yang terjadi di sebalik ketidakhadiran wakil media berbahasa Melayu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED