Translate

15 September 2014

Sarimah Ibrahim bertunang 27 September dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar


Sarimah Ibrahim bertunang 27 September

12 Sep – Penyanyi dan pengacara radio Mix FM, Sarimah Ibrahim bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 27 September akan datang.
Dipetik dari laman HLive!, pasangan yang sudah menjalin hubungan cinta selama sembilan bulan ini akan mengadakan majlis pertunangan mereka mengikut adat tradisi kedua-dua belah keluarga di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa," ujar Sarimah.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Sarimah dan Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Jamie.
Pada Mac lalu, hubungan percintaan antara Sarimah, 36, dan Jamie, 42, diketahui ramai selepas cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 ini hadir ke konti radio tempat kekasihnya bekerja.





says.com


Sarimah Ibrahim Dedah Hubungan Cinta Bersama Kerabat Negeri Sembilan

Published by Farouq Johari
Sarimah Ibrahim dikatakan sedang bercinta dengan lelaki yang dikenali sebagai 'Jamie' yang juga merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
Sort by:
  •  

[TERKINI] Sarimah Dan Jamie Bakal Bertunang 27 September Ini

Last updated by Farouq Johari 3 days ago
    • Big thumb 8b8f
  • Selebriti versatil, Sarimah Ibrahim, 36, bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, dalam majlis yang akan diadakan pada 27 September ini.
  • “Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara, penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya. Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya,” ujar Sarimah.

Ini Merupakan Kali Pertama Sarimah Menjalin Hubungan Cinta Dengan Jejaka Melayu Dan Mengakui Tidak Pernah Tahu Langsung Yang Bakal Tunangnya Itu Berasal Dari Golongan Kerabat Diraja

Last updated by Farouq Johari 3 days ago
    • M9i8ckm
  • Akui Sarimah, ini pertama kali dia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Malah pada awal perkenalan mereka, dia tidak tahu yang kekasihnya itu berasal dari golongan kerabat Diraja. Jamie merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
  • "Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja. Malah ketika itu juga saya belum bersedia untuk bercinta. Walaupun menjalinkan hubungan dalam masa yang singkat, namun kami sudah boleh menerima sikap baik buruk satu sama lain," katanya lagi.

Sarimah Berharap Agar Hubungan Mereka Berdua Dapat Diteruskan Ke Gerbang Perkahwinan Serta Mampu Mengekalkannya Sehingga Ke Akhir Hayat

Last updated by Farouq Johari 3 days ago
    • Pmjd135
  • "Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami untuk mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa."
  • "Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua buat kami berdua. Jadi kami berharap perkahwinan ini adalah yang kali terakhir," jelasnya.

19 Mac: Sarimah Ibrahim Akhirnya Mengaku Sedang Bercinta Dengan Seorang Jejaka Melayu Buat Kali Pertama

Last updated by Farouq Johari 3 days ago
    • Yqlkuqv
  • Penyanyi Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu buat kali pertama.
  • Pengakuan itu dibuat sendiri penyampai radio MIX FM berkenaan ketika mengumumkan jejaka yang terpilih untuk menemaninya bagi acara makan malam sempena kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM.

Sebelum Ini, Radio MIX Fm Memperkenalkan Satu Kempen Berjudul 'Desperately Seeking Sarimah' Atau 'DSS' Bagi Membantu Sarimah Mencari Jodoh

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 02c5
  • Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu The Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaitu Desperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.
  • Pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantis bersamanya selepas kempen itu tamat.

Pada 17 Mac Lalu, Pemenang Top 3 Bagi Kempen DSS Hadir Ke Sesi Makan Malam Bersama Sarimah

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 7941
    • Big thumb 3b38

Pada 18 Mac, Sarimah Telah Membongkarkan Identiti Lelaki Misteri Tersebut Yang Hanya Dikenali Sebagai 'Jamie' Dalam Rancangan The Mix Breakfast

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 643a

Walau Bagaimanapun, Pembantunya, The Rod Mencabar Sarimah Untuk Membawa 'Jamie' Masuk Ke Konti Keesokan Harinya...

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 3d66

Dan Beliau Sahut Cabaran Tersebut

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb ad57

Keesokan Harinya, Identiti 'Jamie' Dibongkarkan Apabila Dia Turut Hadir Ke Konti Bersama Sarimah

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 3ac7

Inilah Dia Jamie Atau Nama Sebenar Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb 4269

Sarimah Memberitahu Mereka Berdua Telah Menjalinkan Hubungan Sejak Tiga Bulan Lalu

Last updated by anisanur 6 months ago
  • Penyanyi dan pengacara Sarimah Ibrahim mendedahkan dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, sejak tiga bulan lalu.
    • Big thumb e496
  • “Kami berkenalan sudah tiga bulan. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Saya ada berjumpa dengan keluarganya dan dia pun ada berjumpa dengan keluarga saya untuk kami mengenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat,” kata wanita kacukan Melayu dan Irish ini.

Ini Bermakna, 'Jamie' Bukanlah Salah Seorang Daripada Top 3 Daripada Kempen DSS Tersebut

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • D8cykfw
  • "Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya."
  • "Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod emngambil perkara itu begitu serius," kata Sarimah.

Difahamkan, Tunku Nadzimuddin Datang Daripada Keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
  • Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Al-Marhum Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.
    • Big thumb 22f7
  • Jelas Sarimah Ibrahim, walaupun mempunyai latar belakang daripada golongan diRaja, namun katanya Tunku Nadzimuddin seorang jejaka yang sangat ringkas dan peramah.
  • “Sememangnya saya agak gementar untuk memperkenalkan dia kepada pihak media. Yalah mengenangkan apa yang telah terjadi dengan perkahwinan saya sebelum ini. Tapi, saya harapkan semuanya akan baik-baik saja selepas ini," ujarnya lagi.

Sarimah Dan Tunku Nadzimuddin Mengalami Nasib Yang Sama Apabila Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Sebelum Ini

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
  • Sarimah sebelum ini pernah berkahwin dengan lelaki berbangsa Australia, Amir Andrew Browning Abdullah namun bercerai pada akhir tahun 2008.
    • Big thumb d20a
  • “Saya takut. Sebelum ini saya pernah berkahwin dan berpisah. Sama juga dengan Jamie. Saya pernah berdoa kepada Allah, untuk ditemukan dengan seseorang untuk membimbing dan menjaga saya. Akhirnya selepas lima tahun, saya terbuka hati untuk mengenali Jamie."
  • "Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya.

"Sebenarnya Saya Memang Berasa Takut Apabila Mahu Bercerita Soal Kahwin Kerana Saya Pernah Gagal Dalam Perkahwinan Dan Begitu Juga 'Jamie'"

Last updated by Farouq Johari 6 months ago
    • Big thumb d77d
  • “Saya juga sedar, sebelum ini saya sering menjalani hubungan dengan jejaka asing. Tapi itu bukanlah sesuatu yang saya mahu kerana semuanya telah ditentukan olehNya dan Alhamdulillah sekarang saya telah dipertemukan dengan Jamie yang mempunyai darah Melayu,” kata Sarimah Ibrahim.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED