Polis, JPJ Komited Banteras Samseng Jalanan
Polis akan terus melaksanakan Ops Samseng Jalanan bagi mengekang aktiviti lumba haram yang menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Lebuh Raya Kesas antara kawasan yang dikenalpasti sering dijadikan litar lumba oleh samseng jalan raya itu. Awal pagi tadi, satu operasi bersepadu membabitkan pihak polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Majlis Perbandaran Klang, MPK, dengan dibantu pengendali lebuh raya, Kesas Berhad diadakan.