Translate

23 September 2014

Maya Karin dan kekasih telah berpisah cara baik

Maya Karin dan kekasih telah berpisah cara baik

18 Sep – Aktres jelita Maya Karin dan kekasihnya telah mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing-masing apabila tidak dapat meneruskan lagi hubungan jarak jauh dan tidak mempunyai masa.
"Buat masa sekarang Tuhan tidak berikan saya jodoh yang kuat, jadi mungkin selepas ini saya perlu membuka hati kepada individu lain pula. Ya, kami berpisah dengan cara baik atas dasar keadaan yang tidak mengizinkan.
"Sekarang saya sudah kembali solo dan ada banyak sebab yang memutuskan hubungan kami berdua. Salah satunya kerana kami terlalu sibuk hingga tiada masa untuk diluangkan bersama-sama.
"Selain itu, faktor jarak menjadi penghalang percintaan kami untuk kembang dengan sempurna. Susah juga untuk terbang ke sana setiap masa, bagi saya hubungan tidak patut terlalu susah dan tidak harus terlalu berjuang untuk mempertahankannya," katanya yang dipetik dari Kosmo!
Tambah aktres berusia 35 tahun itu lagi, dia tidak mahu membiarkan dirinya hanyut kerana cinta kerana dia kini sibuk menguruskan kerjayanya yang semakin berkembang.
"Saya sendiri pun ada komitmen lain di Malaysia, ada kontrak dan janji yang perlu saya tunaikan, jadi saya perlu profesional."
Dalam perkembangan lain, Maya yang kini sibuk dengan promosi filem terbarunya "Lagenda Budak Setan 3" turut tampil dalam teater "SuperMokh Sebuah Muzikal Restaging" yang sedang berlangsung di pentas Istana Budaya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED