Translate

18 September 2014

'Peringatan' KJ kepada Peniaga Di Laman Sosial

'Peringatan' KJ kepada Peniaga Atas Talian Bertukar Bahan Lawak

Khairy JamaluddinKhairy JamaluddinKUALA LUMPUR: Kegigihan usahawan atas talian mempromosikan barangan mereka terutamanya di laman sosial dilihat menjadi trend masa kini khususnya apabila mencuri peluang mengiklan produk di laman sosial milik individu ternama seperti selebriti, ahli politik dan juga pemimpin negara.
Tidak terlepas menjadi ‘mangsa’ platform mempromosikan produk jualan atas talian adalah laman sosial, Facebook milik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ).
Terbaharu, Khairy dilihat memuat naik status di laman sosialnya sebagai memberi ‘peringatan’ kepada penjual produk yang sering kali menumpang untuk berniaga di entrinya yang disifatkan segelintir daripada iklan tersebut tidak sesuai dengan status yang dimuat naik olehnya.
“Cara terbaik untuk menjual produk atau mempromosi perkhidmatan anda bukanlah dengan membanjiri ruangan komen FB orang lebih-lebih lagi bila status update (dimuatnaik) tidak ada kena mengena dengan benda yang anda nak jual tu. Tambah meluat kompom (pasti).
“Sekadar reminder (peringatan) ye. Haha. Dah malas delete (padam) iklan bagai...,” tulis KJ sebagai tanda sinis di Facebooknya baharu-baharu ini.
Pic:Facebook, Khairy JamaluddinPic:Facebook, Khairy Jamaluddin
Bagaimanapun, status yang disifatkan sebagai ‘luahan hati’ KJ bertukar menjadi lawak apabila salah seorang daripada pengikutnya yang berkemungkinan peniaga di atas talian memberi kenyataan balas di status yang sama.
“Ingin menjadi hitam manis seperti KJ? Ingin menjadi kacak seperti KJ? hanya 3 kali sapuan sahaja di Muka. PM (mesej peribadi) saya untuk produk terhebat ini!!! Produk sudah lama di pasaran dunia tapi baru sekarang masuk Malaysia.. stok terhad!! PM saya untuk keterangan lanjut,” tulis pemilik akaunFacebook, Abdul Budin pada status KJ.
Pic:Pic:Facebook, Khairy JamaluddinPic:Pic:Facebook, Khairy Jamaluddin
Kenyataan balas yang dimuat naik oleh Abdul Budin disukai oleh ratusan pengikut KJ yang rata-rata menganggap ia percubaan iklan yang baik dan kelakar.
Namun bagaimanapun, ramai pengguna di laman sosial tersebut bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik oleh KJ yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau apabila ianya disukai oleh lebih 51, 000 orang dan mendapat perkongsian sebanyak 1,490 (ketika ini).

- mD


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED