Translate

18 September 2014

Shila Amzah hentam media tempatan?

17 Sep – Penyanyi wanita yang kini popular di China, Shila Amzah dilaporkan telah menghentam pihak media tempatan lebih-lebih lagi media berbahasa Melayu dek kerana lebih gemar memaparkan kisah peribadinya berbanding kejayaan konsert pertamanya baru-baru ini.
Menerusi laporan Sinar Harian, Shila dilihat telah memaparkan semula kenyataan yang dibuat oleh laman Instagram kelab peminat yang dikenali sebagai Shila Amzah Photography.
"Sebagai peminat Shila, kami menantikan artikel media Melayu mengenai konsert yang diadakan di Malaysia, tetapi apa yang kami dapat adalah caci maki dan penghinaan dari pihak media," ujar kelab peminat tersebut.
Laman sosial peminat tersebut turut menunjukkan bukti pihak media tempatan telah dijemput berikutan ramai yang merungut tidak mendapat jemputan ke konsert Shila yang telah diadakan pada 13 September lalu.
Sementara itu, laman Instagram kelab peminat tersebut juga mencetuskan perbalahan di kalangan pengikut apabila memuatkan kenyataan berbaur perkauman apabila membuat perbandingan di antara media Cina dan Melayu.
Walaupun ada kebenaran di sebalik kenyataan tersebut, namun ada yang berpendapat isu sebegini tidak seharusnya diperbesarkan lebih-lebih lagi negara sedang dalam kemeriahan menyambut Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.
Mungkin ucapan terima kasih harus didahulukan kepada pihak media kerana menyediakan laporan tentang penyanyi kesayangan mereka tanpa perlu ada perbandingan.
Sikap matang dan professional perlu ada walaupun anda peminat fanatik selebriti berkenaan, jika tidak ramai pihak enggan berkerjasama dengan anda kerana sikap yang sedemikian rupa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED