Translate

03 September 2014

Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa "perisik" Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Lelaki miliki kad kuasa ‘perisik’ KDN dipanggil beri keterangan

Polis Melaka memanggil seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemilikan kad kuasa "perisik" Kementerian Dalam Negeri (KDN). 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah hotel di negeri itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 11 malam, 31 Ogos lepas.
Beliau berkata polis turut merampas satu kad kuasa Unit Risikan Khas KDN yang mempamerkan jawatan perisik dipercayai diterima daripada seorang kakitangan KDN berusia 34 tahun.
"Lelaki terbabit mengaku memperoleh kad itu daripada rakannya yang bekerja di kementerian tersebut pada April lepas.
"Namun, hasil siasatan mendapati tiada Unit Risikan Khas dalam KDN dan juga tiada kad kuasa dikeluarkan kementerian itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Melaka, hari ini.
Raja Shahrom berkata pihaknya membuka kertas siasatan bagi kes berkenaan dan tindakan lanjut akan diambil terhadap lelaki itu jika terdapat sebarang kesalahan jenayah.
Bagaimanapun, beliau berkata sehingga kini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penggunaan kad kuasa itu.
"Kami minta orang ramai atau pihak berkuasa jika ada yang pernah ditemui orang yang mengatakan dia perisik KDN supaya tampil membuat laporan polis dan kita akan ambil tindakan serta-merta," katanya.
Dalam pada itu, Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang mengesan kakitangan KDN yang memberikan kad kuasa berkenaan. – Bernama, 2 September, 2014.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED