Translate

03 September 2014

Ayda Jebat nafi punca perbalahan Zul & Gayatri


29 Ogos – Aktres muda Ayda Jebat menafikan dia menjadi punca perbalahan antara aktor Zul Ariffin dan kekasihnya, penerbit Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, Ayda yang bergandingan dengan Zul dalam drama bersiri "Rindu Awak 200%" berkata, "Nak kata saya punca mereka berbalah atau bertengkar rasanya tidak betul sebab saya dan Zul tiada sebarang hubungan.
"Saya sendiri tidak pernah tanya atau ambil tahu mengenai hubungan mereka. Saya tiada masa nak menyibuk hal peribadi orang lain."
Hubungan Ayda dan Zul telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas dikatakan terlalu mesra seperti dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram dan Twitter aktres berusia 22 tahun itu.
Malah tindakan Zul yang enggan memberi sebarang komen tentang status hubungannya dengan Gayatri turut menguatkan spekulasi bahawa mereka bermasalah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED