Translate

05 September 2014

Kekasih Zul Ariffin nafi sindir Ayda Jebat

3 Sep – Kekasih kepada aktor popular Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai menafikan tuduhan kononnya dia menyindir Ayda Jebat di laman sosial Twitter.
Menurut Gayatri yang merupakan Pengurus Besar Astro Shaw, dia terkejut dengan tuduhan itu kerana dia kurang mengambil tahu mengenai media sosialnya.
"Saya tidak perlu berbuat demikian ekrana tidak mempunyai sebarang masalah dengan aktres tersebut.
"Tambahan pula saya jarang beri perhatian terhadap media sosial dan saya terkejut juga apabila dikatakan memuat naik status menyindir Ayda," katanya kepadamStar.
Tambah Gayatri lagi, sikap cemburu dalam sesuatu hubungan adalah perkara normal dan dia juga tidak terkecuali dalam hal itu tetapi dia bersikap profesional dan memahami Zul dan Ayda perlu mempromosikan drama "Rindu Awak 200%".
"Jika saya tidak cemburu pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan kami tetapi saya profesional dan begitu juga mereka. Isu itu hanya diperbesar-besarkan oleh orang lain.
"Saya jarang bercakap soal peribadi kerana ia tidak akan berkesudahan tetapi apa yang boleh saya katakan hubungan kami masih berjalan seperti biasa."

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED