Translate

05 September 2014

"Hentikan Fitnah Kepada MIG dan Saya," - David Teo Respon Gambar Aeril Zafrel


"Hentikan Fitnah Kepada MIG dan Saya," - David Teo Respon Gambar Aeril Zafrel


Sebelum ini, GUA pernah melaporkan isu mengenai kehilangan kereta model Suzuki Swift bernombor pendaftaran WWY 5833 dan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkongsi rasa kecewa terhadap individu yang ‘mencuri’ kereta mereka sekitar tahun lalu.
Jelas Aeril ketika dihubungi, bukan kehilangan kereta tersebut yang membuat mereka kecewa. Sebaliknya tingkah laku individu tersebut yang sering berpura-pura seolah-olah tidak tahu menahu tentang kehilangan kereta terbabit.
“Kami tidak kecewa kehilangan kereta tersebut. Kami kecewa dengan tingkah laku seorang inidividu ini. Kami memang dah kenal lama dengan dia. Ada masanya dia merasa begitu rapat dengan kami. Tapi dia boleh pura-pura tak tahu sedangkan dia adalah punca,” kata Aeril sinis.
Apabila ditanya siapakah gerangan orang yang dimaksudkan itu, Aeril enggan mendedahkannya kerana perkara ini masih dalam siasatan pihak polis. Namun begitu, baru-baru ini Aeril mengemaskini laman Instagramnya dengan memuatnaik satu entri yang berbunyi,
Dengan rasa rendah hati, saya memohon jasa baik wakil MIG atau David Teo memulangkan dokumen-dokumen penting dan pakaian saya dan Wawa Zainal yang berada dalam kereta yang ‘DIAMBIL' (?) itu. Terima Kasih.” 
Sehubungan dengan kenyataan Aeril itu, David Teo tampil memberikan kenyataan balas.
“Saya rasa hairan dan sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah dua kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada Tuhan, bukan saya. 
“Malah, saya bersama beberapa staf MIG pernah bertanya kepada Wawa sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril dinafikan sendiri oleh Wawa di hadapan kami,” ujar David kepada portal MIG Online.
Dalam pada itu, kini timbul isu terbaru apabila pelakon drama bersiri ‘Cinta Jannah’ ini mendakwa kereta Wawa dicuri oleh pihak syarikat dan Aeril turut menuntut semula barangan serta dokumen milik mereka yang berada di dalam kereta tersebut.
“Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi pada 12 Februari lalu menjemput Wawa datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru dan kereta tersebut sekiranya Wawa benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa pada 18 Februari 2014. Dalam surat itu, Wawa mendakwa dia kini keluar dari pengurusan MIG untuk bergerak sendiri dan Wawa tiada kena mengena, tidak perlu dicari dan dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa masih ada kontrak dengan MIG sehingga 2015.
“Pelbagai dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak syarikat oleh pihak Aeril, namun sebagai bapa angkat yang pernah memimpin, membimbing dan membantu pasangan tersebut, saya masih bertolak ansur walaupun pihak syarikat boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mereka berdua atas fitnah dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak syarikat dan saya sendiri melalui media sosial seperti Instagram. Kesabaran setiap individu ada hadnya, jadi saya ingin menasihatkan terutamanya kepada Aeril supaya menghentikan segala fitnah dan dakwaan tak berasas kepada pihak syarikat dan saya sendiri,” kata David lagi.
Dalam pada itu, David sempat menitipkan kata-kata buat Aeril dan juga Wawa yang pernah bernanung di bawah pengurusan MIG.

"Hentikan Fitnah Kepada MIG dan Saya," - David Teo Respon Gambar Aeril Zafrel
“Sekiranya mereka menghadapi masalah, kesempitan hidup, saya sedia membantu mereka apa yang termampu. Datang saja ke pejabat, kita berbincang secara jujur, ikhlas dan betul, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan sedangkan saya sentiasa menganggap mereka tak ubah seperti anak saya sendiri. Saya mendoakan mereka berdua berjaya dan bahagia hingga ke syurga,” ujar David.
Kredit Gambar: MIG Online

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED