Kuala Lumpur: Saya muat naik gambar lelaki itu sebab rasa terlalu geram dengan apa yang dia buat. Jangan salah faham dia bukan teman lelaki saya,” kata pelakon, Julia Ziegler yang akhirnya membuka mulut berhubung beberapa gambar dan teks berunsur kontroversi di Instagram baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.
Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, tindakan memuat naik gambar dengan kata-kata kesat itu berpunca daripada perasaan marahnya terhadap seorang lelaki yang menggunakan wang dan kedudukan untuk memperdayakan wanita.
Kami hanya berkawan saja, cuma ada perkara yang dia lakukan membuatkan saya betul-betul marah.
Saya malas nak panjangkan cerita, cukuplah sekadar memberitahu agar orang lain tidak mudah terpedaya dengan lelaki macam itu yang menggunakan harta kekayaan untuk memperdaya wanita,” katanya, petang semalam.
Beberapa hari lalu, Julia mengejutkan perhatian ramai apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan marah pada sekeping gambar lelaki yang dimuat naik pada akaun Instagram peribadinya.
Julia yang hanya berdiam diri dan tidak memberikan respons mengenai perkara itu memadamkan gambar berkenaan tidak lama selepas itu.
OH BULAN
Peminat Tawar 100 Ribu & Beg Chanel Hanya Untuk Ajak Julia Ziegler Keluar. Wah, Hebat!
August 8th, 2014 | by Noraniza | 9 comments
Share the post "Peminat Tawar 100 Ribu & Beg Chanel Hanya Untuk Ajak Julia Ziegler Keluar. Wah, Hebat!"
Ya. Lagi-lagi Julia Ziegler. Al-maklumlah, orangnya cantik semestinya tak akan dapat larikan diri daripada kontroversi. Tahun ini sahaja, bertalu-talu nama Julia dikaitkan dengan pelbagai gosip hangat, daripada isu mabuk sehinggalah kisah Julia yang didakwa mengamuk di laman sosial kerena putus cinta.
Artikel Berkaitan: Julia Ziegler Mengamuk di Laman Sosial Kerana Putus Cinta?
Eh.. ada yang lagi terbaru tau! Menerusi laman Instagramnya, pelakon ini telah berkongsi WhatsAppseorang peminat yang begitu terdesak mahu mengajak Julia keluar. Siap offer 100 ribu dan beg Chanel okay! Agaknya, Julia terima tak pelawaan peminat tegar itu?
Julia Ziegler kongsi mesej WhatsApp daripada peminat terdesak
Nampaknya hampa lah harapan si penghantar WhatsApp tu ya! Mana taknya, sudahlah Julia tidak membalas pelawaannya, malah dapat gelaran ‘stupid’ lagi. Ha..kan dah kena sebiji!
Tak cukup dengan itu, para peminat juga menyokong tindakan Julia dan menyifatkan lelaki iti sebagai seorang penipu besar. Yelah, mula-mula ajak jadi duta produk, alih-alih ajak keluar dating? Old tricksangat.
