Translate

09 July 2014

Nora Danish dan Nedim sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing

Nora Danish Akui Kini Sedang Menyayangi Perangai Buruk Nedim

..
Rasanya kita semua boleh lihat menerusi gambar-gambar yang di kongsi di laman Instagram, bahwa hubungan antara pelakon Nora Danish, 32, dan kekasihnya Nedim Nazri, semakin hari semakin bahagia.

Menurut heroin filem 'Pengantin Malam' ini, mereka masih lagi mengukuhkan keserasian dan sekarang dalam fasa menyayangi perangai-perangai buruk masing-masing.
"Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.
"Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami ", kata Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjjuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, dia berharap agar para peminat terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.
Persiapan Kahwin
Sementara itu, pernah sebelum ini Nora mengatakan jikalau nanti dia bakal kembali bergelar isteri, majlis pernikahan juga perkahwinannya akan disempurnakan dalam suasana yang ringkas dan sederhana. Maka kerana itu soal hantaraan dan juga persiapan majlis yang dinantikan ramai itu tidaklah terlalu diutamakan.
Sebaliknya Nora mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad memandang pasangan ini masing-masing sudah pernah melalui alam perkahwinan.
Namun semalam, sekali lagi timbul khabar angin mengatakan Nora sudah pun membuatkan persiapan perkahwinannya.
Bertanyakan tentang hal itu, ini jawapan Nora,
"Tidak... tak ada buat apa-apa persiapan pun. Jangan percaya dengan tulisan di blog-blog berkenaan. Kalau sampai jodoh saya nanti, sebolehnya saya nak buat majlis yang ringkas. Kami masing-masing dah pernah berkahwin, jadi rasanya tak perlu terlalu membuat persiapan yang beria-ria.
"Kalau ada pun persiapan, hanyalah setakat tempah baju. Tapi buat masa ini tak ada apa-apa tempahan", katanya yang turut memberitahu dia kini sibuk menumpukan perhatian pada kerjaya.
Begitupun Nora tidak menidakkan yang dia dan Nedim ada berincang mengenai masa depan tetapi ianya sekadar perbincangan biasa.
Nora juga berkata, dia bersyukur kerana keluarga masing-masing senang dengan hubungan mereka dan tidak mendesak mereka untuk menamatkan hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, keluarga saya dan keluarga Nedim sangat sporting. Mereka pun tak ada desak-desak kami untuk cepat-cepat kahwin", katanya.
Dalam pada itu mengenai perkembangan seni, Nora berkata, sepajang bulan Ramadan ini dia mengambil peluang mengurangkan aktiviti penggambaran. Justeru masa yang ada dimanfaatkan untuku berehat, beribadah sekaligus mencari keberkatan dalam bulan penuh rahmat ini.

- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED