Translate

17 July 2014

Nelydia Senrose akui menangis ketika bergaduh?

Nelydia Senrose akui menangis ketika bergaduh?

17 Jul – Pasangan selebriti bergelar kekasih, Nelydia Senrose dan Qi Razali dikatakan telah bergaduh di sebuah pusat membeli-belah baru-baru ini dan ada pihak yang mendakwa mereka telah bertengkar sehingga menyebabkan Nelydia mengalirkan air mata.
Menyentuh mengenai perkara terbabit, Nelydia tampil memberikan penjelasan dan mengakui memang dirinya dan Qi adalah individu yang dimaksudkan dan hanyalah berlaku sedikit salah faham bukanlah bergaduh besar seperti yang dilaporkan.
"Kejadian itu berlaku terlalu pantas. Saya pun tidak sedar ada yang melihat. Rasanya ia perkara normal andai pasangan kekasih berbeza pendapat, cuma mungkin keadaan tampak tegang lalu menampakkan kami macam bergaduh besar.
"Segala-galanya sudah baik. Seperti yang saya katakan, ia sekadar perselisihan faham, malah isu yang timbul pun bukan berpunca daripada hubungan kami, sebaliknya kerana perkara luar,"ujarnya seperti yang dipetik dari Berita Harian.
Sementara itu, aktres jelita yang bakal muncul dengan filem "Mat Tudung" ini turut memaklumkan dirinya dan Qi akan mengunjungi keluarga masing-masing pada Aidilfitri nanti.
"Kami ada merancang untuk beraya bersama. Beliau akan bertandang ke rumah keluarga saya dan kemudian saya pula mengunjungi keluarganya.
"Soal persiapan, tahun ini tidak berlebihan memandangkan sambutan kali ini sederhana saja. Sejak pemergian nenek tahun lalu, saya dapat bayangkan Syawal kali ini kurang meriah tanpa nenek," katanya yang akan menyambut 1 Syawal di Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Nelydia bakal menyumbangkan suaranya untuk sebuah filem animasi berjudul "Despicable Me 2" dengan memegang watak Margo dan bakal bergandingan bersama Lisa Surihani, Harith Iskandar, Hanis Zalikha, Hafiz Suip dan ramai lagi.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED